Pelakon Drama Winter Sonata: Park Yong Ha mati bunuh diri.
Anda ingat Drama Winter Sonata? Drama Korea yang menjadi kegilaan ramai suatu ketika dulu. Aku antara jutaan penggemar drama tersebut, walaupun tidak semua episodnya aku ikuti. Rakyat Malaysia sangat menggemari drama ini. (Klik baca lanjut) . Berita kematian pelakon drama tersebut (Park Yong Ha) mengejutkan jutaan peminatnya.(klik untuk bacaan lanjut).Salah satu adegan romantis dalam drama Winter Sonata
Ya memang mengejutkan. Mungkin jutaan peminat hero berkenaan terjerit terlolong meratapi kepergian hero kesayangan mereka itu. Aku cuma merasa biasa-biasa sahaja bila mendengar berita tersebut dari kawanku yang sedang leka berfacebook siang tadi. Sejak kebelakangan ini berita kematian bunuh diri atau pembunuhan seolah-olah perkara biasa terjadi pada masa kini. Hampir setiap hari kita dihidangkan dengan berita kematian, contohnya penderitaan rakyat Palestin berdekad-dekad berlalu namun tiada titik penyudah, setiap hari kita mendengar berita kematian dan penderitaan. Di mana sifat kemanusiaan penduduk di muka bumi ini?????










0 comments:
Post a Comment