SEDAPNYA KUIH SERI MUKA
2 cawan beras pulut
11/2 cawan santan
Sedikit garam
Didihkan air didalam pengukus....satukan bahan2 A, alaskan loyang menggunakan plastik. Rata kan pulut...kemudian kukus selama 10 minit atau sehingga pulut masak, kemudia tekan2kan pulut agar mampat dan padat.
B.
2 cawan santan
1/2 cawan gula akk tambah lagi 1 sudu besar
1 biji telur
1 sudu besar tepung jangung
1 cawan tepung gandum
sedikit garam
pewarna hijau
1 sudu besar air kapur
Satukan kesemua bahan2 di atas...kemudian di blendkan. kemudian di curahkan keatas pulut yang sudah masak itu. Kukus selama 20 minit.....atau sehingga masak.
YUMMIE...KUIH TRADISIONAL MEMANG SEDAP.
Salam dan selamat sejahtera.
Anda suka makan kuih tradisional? Maksud aku kuih tradisional orang Melayu. Aku suka makan kuih-kuih tradisional ini. Bermacam-macam jenis kuih sehingga aku sendiri tidak tahu apa nama kuih tersebut. Tapi apa yang penting kuih tradisional kita memang sedap. Manis? Ye memang manis. Jadi jika ingin mengurangkan pengambilan gula maka janganlah banyak sangat meletakkan gula semasa membuat kuih tersebut. Kurang gula tidak menjadi masalah, kesedapannya tetap terasa juga. Mari kita sama-sama mencuba kuih tradisional ini. Mudah sahaja. Kuih Tradisional kita hari ini adalah BUAH MELAKA.
BAHAN-BAHAN(1kg Tepung)
Tepung pulut
Air pandan(ikut citarasa)
Sedikit garam
Sedikit air kapur
1 ketul ubi keledek bersiaz kecil
Gula kabung/melaka(dipotong cube kecil)
Kelapa parut (putih)
1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam.
2. Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung.
3. Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab.
4. Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda.
5. Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat.
6. Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi.
7. Apabila ia timbul,di angkat dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut.
8. Gaulkannya atau ayak dengan kelapa sehingga rata.
9. Makan la dengan kopi atau teh panas.
2. Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah.
CHEESECAKE - My Favourite Cake, hmmm yummie
Aku sebenarnya perlu mengamalkan sistem diet yang berhati-hati. Bukan apa, ini semua adalah untuk kebaikanku sendiri. Ini kerana aku masih dalam proses mengurangkan berat badanku yang beratnya yang 'sangat melampau'.
Walau bagaimanapun dalam berdiet itu, sempat juga aku memakan kek kegemaranku ini. Cheesecake. Kek ini memang menjadi kegilaanku. Setiap kali aku masuk ke kedai kek, kek kegemaranku inilah dahulu akan ku cari. Tapi sayangnya di Jerantut ini kek cheese yang sangat sedap memang sukar untuk didapati.
Tadi aku 'mengembara' di alam maya ini dan berjumpa dengan resipi kek kegemaranku ini. Bila membacanya tidaklah begitu sukar untuk membuatnya. Aku harap aku boleh mendapatkan bahan-bahannya di Jerantut ini untuk mencuba sendiri membuat kek kegemaranku ini.
Aku kongsikan bersama anda semua untuk sama-sama mencubanya.
Bahan-bahan ( 18 cm )
- 250g cream cheese
- 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
- 2 sudu besar jus lemon
- 3 sudu besar tepung gandum
- 2 biji telur
- 90g gula
Cara-cara
- Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
- Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
- Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
- Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.
ROMBONGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Sahabat baik aku ini memang iron lady. Dia baru balik dari Kota Kinabalu Sabah sempena majlis perkahwinan anak sulungnya selepas itu dia terpaksa bermalam di hospital pada hari Khamis lepas sebab anak keciknya mengidap demam panas dan terpaksa 'checkin' di hospital untuk 3 hari. Memang letih.
Aku pun begitu juga selama 5 hari 4 malam di PLGDP Seri Tualang memang mencabar. Keadaan fizikal memang selesa yang tidak selesanya cuma biliknya yang panas banget. Tidak sehari pun aku boleh tidur dengan nyenyak selama berada di sana. Letih memang letih. Kekurangan tidur telah membuatkan penyakit migrain ku kambuh semula. Tapi aku tetap dengan misi ku ingin bersama rombongan ku ini juga.
Memang terdapat beberapa kesulitan yang dihadapi sepanjang berada di Perak terutama ketika hendak bermalam di Ipoh. Seksa rasanya namun aku dan sahabat lain sabar menempuhinya. Terima kasih banyak kepada semua sahabat guru pengiring yang begitu komited dengan amanah mereka.
Hari terakhir ketika dalam perjalanan pulang sangat menyesakkan nafasku. Apa tidaknya taukeh bas minta tambahan duit RM300 lagi dengan alasan perjalanan kami terlalu jauh sampai ke Taiping. Apa jadahnya dia minta tambahan lagi. Dari mula sudah diberitahu yang rombongan ini akan pergi ke Ipoh. Ini bukan salah aku. Ini salah juru runding yang menguruskan bas ini. Suami menenangkan diriku. Dia menyatakan biar orang itu menguruskan hal itu. Pihak kami tidak perlu bayar kerana dari awal sudah diberitahu mengenai perkara itu. Jika ada salah faham itu merupakan kesilapan juru runding tersebut. Aku merasa lega.
Aku berjumpa ahli rombongan ku di R & R Tapah sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Semasa di dalam perjalanan suami memaklumkan dia terpaksa balik percutian ke Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan. Aduh!!! Kecewanya aku dan anak-anak. Aku diam sepanjang perjalanan balik. Selepas sahaja kawasan Genting Sempah aku sudah lena. Aku tidak tahu pukul berapa kami sampai di rumah. Rasanya agak lewat juga. Ahli rombongan yang lain pastinya lebih lewat lagi. Apa pun syukur alhamdulillah mereka semua dalam keadaan selamat.
UPSI - Perpustakaan Utama yang menjadi lokasi pertama rombongan kami. Perpustakaan ini sangat cantik dan indah serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang sangat canggih dan terkini. Koleksi buku yang ada di sini memang mengasyikkan aku. Berada di dalamnya seolah-olah berada di dalam hotel lima bintang. Bravo UPSI anda memag di Kelas Pertama.
Terima Kasih diucapkan kepada pihak UPSI terutama Kolej Kediaman Aminuddin Baki yang menaja penginapan kami pada malam pertama di Perak. Sekalung budi juga diucapakan kepada pihak Perhubungan Korparat yang menyambut kehadiran kami. Sambutan yang sangat 'very welcome'. Saya sangat terharu dengan sambutan yang diberikan. Terima Kasih banyak.. Walaupun cuma beberapa jam di Kampus Utama diharapkan ia dapat mencentuskan keinginan murid-muridku untuk mengejar kejayaan dan berada di Menara Gading. Insya Allah












