MUSIM DEMAM PIALA THOMAS



Dalam seminggu ini televisyen di rumah aku asyik dengan tayangan pertandingan Piala Thomas. Sememangnya mak sangat meminati sukan. Apa saja jenis sukan sangat dia suka. Hari ini keadaan rumah agak hangat apabila mak dengan anak lelaki ku bergadohkan televisyen. Neneknya sangat ingin menonton pertandingan Piala
Thomas separuh akhir di antara Indonesia dan Jepun. Sementara anakku berkeras hati ingin menonton rancangan kartonnya Playhouse Disney Channel.

Akhirnya dengan beberapa drama yang dipenuhi dengan adengan aliran air mata, amukan dan 'rajukan'; akhirnya Tok Wan nya merajuk dengan membawa diri berbaring di atas katil di dalam bilik.

Aku yang berada di tengah-tengah ini sebenarnya kadang-kadang rasa bingung dengan kerenah mereka ini. Ingin rasanya hendak memasang sebuah lagi siaran astro di rumah ini. Tapi setakat ini aku belum mampu kerana ada banyak lagi perkara yang perlu didahulukan. Insya Allah bila semuanya telah reda aku pasti akan merealisasikannya bagi menghilangkan ketegangan yang sentiasa melanda apabila anak-anakku berada di rumah. Suatu yang agak pelik, bila berada di bandar mereka tidak pula berkelakuan begini. Bila mereka berada di rumah Tok Wan mereka ini ada-ada sahaja kerenah mereka. Agaknya mereka tahu sejauhmana Tok Wan mereka merajuk dan marah dengan mereka, Tok Wan akhirnya akan kalah jua akhirnya.

Itulah sikap anak-anakku bukannya aku tidak mengajar dan membimbing mereka menghormati orang tua. Tetapi jika anda menonton program 'Nanny 911' di saluran TV7 anda akan faham akibatnya bila disiplin yang ingin diterapkan tidak konsisten dan ada percanggahan di pihak orang tua yang ada di dalam rumah itu.

Walau apapun aku tetap berserah dan berdoa semoga anak-anak akan menjadi anak yang soleh dan solehah , yang taat kepada perintah Allah SWT; taat dan menghormati kedua ibubapa dan orang tua serta menjadi anak yang cerdik dan berjaya di dunia dan akhirat. Insya Allah. Amin.

0 comments:



Post a Comment