
Arwah Mohd Akmal Wafiq berada di tengah-tengah
Entah mengapa dalam seminggu nie aku tak kisah ape nak jadi dengan handphone aku. Off ke ia on ke ia aku tak ambik pusing pun. Kekadang aku pun tak tau di mana aku letakkan telefon bimbitku itu.
Aku cuma mencarinye bila nak tido je. 'Hmmm tak pe' kata hatiku. 'Telefon abang ada, nanti aku pinjam je phonenye '. Bukan apa pun. Pinjam phone suami tu untuk buat alam clock je. Wajib aku set alarm clock sebelum tidur. Kalau tidak terlajak le aku keesokan harinya. Dan sudah semestinya akan sampai lewat ke tempat kerja.
Begitulah sikap negatif aku. Selalu je ambik mudah akan setiap perkara. Pada hari ini aku mendapat akibat atas sikap buruk ku itu. Hari ini aku kelewatan mendapat berita sedih dalam keluarga dari Pulau Borneo sana.
Rupa-rupanya adik-adik ku sejak pagi seawal 7.35 pagi telah menghubungi aku melalui handphoneku untuk menyampaikan berita pemergian anak sedaraku Mohd Akmal Wafiq bin Ismail Zaki yang kembali menderitai penyakit kanser sarafnya. Beliau meninggal ketika berusia 6 tahun 4 bulan ketika dalam perjalanan ke Hospital Likas di Kota Kinabalu. Berita sedih ini lambat sampai kepengetahuanku. Aku rasa akulah orang terakhir di antara makcik-makciknya mendapat berita ini. Sangat sedih mengenangkan.
Walaupun aku tidak dapat pergi ke sana untuk memberi penghormatan terakhir dan mendapat wajahnya, bagiku adalah membahagiakan sedikit perasaan mak arwah jika aku mampu menghubungi dan menyampaikan ucapan takziahku lebih awal.
Aku bernasib baik bila tiba-tiba aku teringat nak on mini laptopku setelah kerja-kerja pejabatku siap aku sudahkan. Macam biasa bila on mini laptop ku aku akan on Facebook untuk melihat siapa sahabat-sahabatku, adik-beradikku yang online.
Tanpa memberi salam. Chat Facebook popup , aku dapat message dari adikku Mit Mittan yang berada di Muar. Ringkas sahaja messagenye "Ka Yah .....akmal meninggal". Aku tergamam membacanya.
"Ya Allah Ya Allah Ya Allah" kalimah itu ku ulang-ulang sambil memegang kepalaku bagi menenangkan diriku sendiri. InaLillahWainalillahirajiun...bila kalimah tersebut terkeluar dari mulutku...kawan-kawan yang duduk di sebelah menyelahku mulai mengerumuniku. Aku tidak mampu berkata apa-apa aku menutup muka dan menangis.
Kawan-kawanku segera menenangkanku. Aku tahu mereka faham dengan situasiku kerana mereka juga telah merasai saat-saat kehilangan insan yang disayangi.
Kenapa aku emosi sangat dengan kehilangan arwah Akmal. Ini kerana beliau sangat rapat dengan anak lelaki ku. Arieff sangat rapat dengan beliau. Kalau berjumpa sekali sekala mereka akan jadi geng kamching betul. Kebetulan mereka lahir pada tahun yang sama. Cuma arwah Akmal lahir lebih awal berbanding dengan adek.
Sesungguhnya pemergian beliau akan sangat dirasai oleh seluruh keluarga. Semoga roh Mohd Akmal Wafiq akan aman dan sejahtera di tempat barunya. Al-Fatihah buat beliau. Al-Fatihah...
Bagi aku peristiwa hari ini memang telah menyedarkan diriku betapa pentingnya handphone pada zaman sekarang ini. Ia bukan lagi merupakan diantara keperluaan yang perlu ada bagi kita semua terutama buat aku ini yang duduk berjauhan dengan adik-beradik dan saudara-mara yang lain. Dan jangan anggap internet atau facebook itu hanya mendatangkan keburukan sahaja. Hari ini melalui Facebook aku boleh mendapat berita penting ini.

Saat gembira anak-anakku bersama arwah Mohd Akmal Wafiq. ( Beliau yang berada di tengah dengan mulutnya terlindung oleh jadi abangnya itu)
0 comments:
Post a Comment