CHEESECAKE - My Favourite Cake, hmmm yummie

Aku sebenarnya perlu mengamalkan sistem diet yang berhati-hati. Bukan apa, ini semua adalah untuk kebaikanku sendiri. Ini kerana aku masih dalam proses mengurangkan berat badanku yang beratnya yang 'sangat melampau'.

Walau bagaimanapun dalam berdiet itu, sempat juga aku memakan kek kegemaranku ini. Cheesecake. Kek ini memang menjadi kegilaanku. Setiap kali aku masuk ke kedai kek, kek kegemaranku inilah dahulu akan ku cari. Tapi sayangnya di Jerantut ini kek cheese yang sangat sedap memang sukar untuk didapati.

Tadi aku 'mengembara' di alam maya ini dan berjumpa dengan resipi kek kegemaranku ini. Bila membacanya tidaklah begitu sukar untuk membuatnya. Aku harap aku boleh mendapatkan bahan-bahannya di Jerantut ini untuk mencuba sendiri membuat kek kegemaranku ini.

Aku kongsikan bersama anda semua untuk sama-sama mencubanya.

CHEESE CAKE

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

0 comments:



Post a Comment