ROMBONGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Malam tadi baru balik dari negeri Perak membawa rombongan murid sekolah membuat lawatan sambil belajar. Seramai 36 murid yang terlibat yang terdiri daripada Pengawas sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Guru Pengiring seramai 6 orang. Aku bersama suami yang juga menjadi 'guru pengiring' tidak bersama guru pengiring yang lain yang ada bersama murid-murid di dalam bas. Aku membawa kereta sendiri yang dipandu oleh suami. Guru Pengiring diketuai oleh Cikgu Anita.

Sahabat baik aku ini memang iron lady. Dia baru balik dari Kota Kinabalu Sabah sempena majlis perkahwinan anak sulungnya selepas itu dia terpaksa bermalam di hospital pada hari Khamis lepas sebab anak keciknya mengidap demam panas dan terpaksa 'checkin' di hospital untuk 3 hari. Memang letih.

Aku pun begitu juga selama 5 hari 4 malam di PLGDP Seri Tualang memang mencabar. Keadaan fizikal memang selesa yang tidak selesanya cuma biliknya yang panas banget. Tidak sehari pun aku boleh tidur dengan nyenyak selama berada di sana. Letih memang letih. Kekurangan tidur telah membuatkan penyakit migrain ku kambuh semula. Tapi aku tetap dengan misi ku ingin bersama rombongan ku ini juga.

Memang terdapat beberapa kesulitan yang dihadapi sepanjang berada di Perak terutama ketika hendak bermalam di Ipoh. Seksa rasanya namun aku dan sahabat lain sabar menempuhinya. Terima kasih banyak kepada semua sahabat guru pengiring yang begitu komited dengan amanah mereka.

Hari terakhir ketika dalam perjalanan pulang sangat menyesakkan nafasku. Apa tidaknya taukeh bas minta tambahan duit RM300 lagi dengan alasan perjalanan kami terlalu jauh sampai ke Taiping. Apa jadahnya dia minta tambahan lagi. Dari mula sudah diberitahu yang rombongan ini akan pergi ke Ipoh. Ini bukan salah aku. Ini salah juru runding yang menguruskan bas ini. Suami menenangkan diriku. Dia menyatakan biar orang itu menguruskan hal itu. Pihak kami tidak perlu bayar kerana dari awal sudah diberitahu mengenai perkara itu. Jika ada salah faham itu merupakan kesilapan juru runding tersebut. Aku merasa lega.

Aku berjumpa ahli rombongan ku di R & R Tapah sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Semasa di dalam perjalanan suami memaklumkan dia terpaksa balik percutian ke Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan. Aduh!!! Kecewanya aku dan anak-anak. Aku diam sepanjang perjalanan balik. Selepas sahaja kawasan Genting Sempah aku sudah lena. Aku tidak tahu pukul berapa kami sampai di rumah. Rasanya agak lewat juga. Ahli rombongan yang lain pastinya lebih lewat lagi. Apa pun syukur alhamdulillah mereka semua dalam keadaan selamat.

UPSI - Perpustakaan Utama yang menjadi  lokasi pertama rombongan kami. Perpustakaan ini sangat cantik dan indah serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang sangat canggih dan terkini. Koleksi buku yang ada di sini memang mengasyikkan aku. Berada di dalamnya seolah-olah berada di dalam hotel lima bintang. Bravo UPSI anda memag di Kelas Pertama.
Terima Kasih diucapkan kepada pihak UPSI terutama Kolej Kediaman Aminuddin Baki yang menaja penginapan kami pada malam pertama di Perak. Sekalung budi juga diucapakan kepada pihak Perhubungan Korparat yang menyambut kehadiran kami. Sambutan yang sangat 'very welcome'. Saya sangat terharu dengan sambutan yang diberikan. Terima Kasih banyak.. Walaupun cuma beberapa jam di Kampus Utama diharapkan ia dapat mencentuskan keinginan murid-muridku untuk mengejar kejayaan dan berada di Menara Gading. Insya Allah

0 comments:



Post a Comment