Salam dan selamat sejahtera.
Anda suka makan kuih tradisional? Maksud aku kuih tradisional orang Melayu. Aku suka makan kuih-kuih tradisional ini. Bermacam-macam jenis kuih sehingga aku sendiri tidak tahu apa nama kuih tersebut. Tapi apa yang penting kuih tradisional kita memang sedap. Manis? Ye memang manis. Jadi jika ingin mengurangkan pengambilan gula maka janganlah banyak sangat meletakkan gula semasa membuat kuih tersebut. Kurang gula tidak menjadi masalah, kesedapannya tetap terasa juga. Mari kita sama-sama mencuba kuih tradisional ini. Mudah sahaja. Kuih Tradisional kita hari ini adalah BUAH MELAKA.
Buah Melaka?? Kenapa panggilannya berbunyi macam tu?? Mungkin kuih Tradisional ini berasal dari negeri Melaka agaknya. Makanan atau kuih ini amat popular di Negara kita.. Boleh dikatakan semua negeri ada menu kuih ini. Setiap negeri atau setiap orang tidak sama rasa dan cara, tapi namanya dan rasanya tetap sama dari dulu hingga sekarang. Di bawah ini adalah resipi 'mak' yang telah dibuat sedikit perubahan. Walau bagaimanapun kepada anda semua yang ingin mencuba di persilakan. Mudah dan senang membuatnya.
Selamat Mencuba dan merasakanya.
BAHAN-BAHAN(1kg Tepung)
Tepung pulut
Air pandan(ikut citarasa)
Sedikit garam
Sedikit air kapur
1 ketul ubi keledek bersiaz kecil
Gula kabung/melaka(dipotong cube kecil)
Kelapa parut (putih)
CARA
1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam.
2. Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung.
3. Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab.
4. Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda.
5. Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat.
6. Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi.
7. Apabila ia timbul,di angkat dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut.
8. Gaulkannya atau ayak dengan kelapa sehingga rata.
9. Makan la dengan kopi atau teh panas.
Tambahan:
1. Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa. 2. Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah.
**tips: Gunakan kelapa muda untuk mengambil isinya, kerana lemak,harum dan rapuh









0 comments:
Post a Comment